Thursday, December 28, 2017

Info Urusan Tanah
Copy & Paste dari page halalmoney.my



Beza antara freehold, leasehold dan malay reserved yang anda harus tahu


0
2834



Ramai yang terkeliru antara freehold dan leasehold. Apa beza antara kedua-dua jenis pegangan tanah tu? Korang serius nak tahu?
Kami ada baca perkongsian yang sangat bagus oleh Tuan Ed Aswandi tentang apa yang korang kena tahu pasal Freehold , Leasehold dan Malay reserve ni. Tanpa berlengah jom baca ilmu yang best ni. 
Bab status title sesuatu tanah atau projek perumahan seperti Freehold atau Leasehold ni dah biasa orang tahu. Tapi Makrifat didalam status hartanah tu ramai yang blur.

Banyak pemikiran Orthodox masih menebal dikalangan Bani Malay terutama yang masih baru berjinak dalam hartanah. Malah ada yang lama pun masih berpikiran sesat lagi menyesatkan terhadap sesuatu status title didalam sesebuah projek perumahan.

Untuk mudah faham, tidak kira rumah bertingkat atau sesebuah. LOT adalah tanah atau tapak dimana UNIT rumah kita yang hendak didirikan diatasnya. Secara automatik UNIT rumah juga akan berstatus sama dengan tanah.


 FREEHOLD 


Tidak dinafikan hartanah berstatus Frehold menjadi idaman dan kegilaan kerana namanya pegangan bebas kekal selama-lamanya hingga kiamat. Nilainya juga adalah lebih tinggi dari lain-lain.

Tetapi dalam aspek pelaburan yang angker, kebanyakan mereka ini tersilap dikaburi oleh kerana dek nama Freehold. Freehold ada 2 jenis:

#1 : FREEHOLD TANPA SEKATAN (OPEN / NON BUMI LOT)

Boleh dikatakan Freehold tanpa sekatan adalah yang sangat2 digemari & dicari oleh semua pelabur. Ini kerana hartanah mereka bebas bertukar milik atau dijual iaitu antara Melayu – Cina – India – Asing tanpa sebarang halangan serta sekatan dari pihak pejabat tanah.

Urusan tukar milik atau jual beli juga singkat & cepat tanpa banyak karenah.

Bagi pembelian projek Undercons, jika anda betul2 mahukan non bumi unit. Sila pastikan dengan jurujual staff pemaju tersebut yang anda mahukan unit non bumi. Jika anda senyap kebarangkalian besar mereka akan berikan bumi unit untuk rumah anda.

Biasanya didalam geran atau strata terdapat nota Sekatan- Sekatan Kepentingan : TIADA. Ini bermaksud hartanah Freehold tersebut tiadak punyai sekatan biasanya ia non Bumi unit.

Tetapi cons dia, jika anda mengambil non bumi unit, maka anda tidak lagi layak untuk mendapat bumi diskaun yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

#2: FREEHOLD DENGAN SEKATAN (BUMI LOT)

Biasanya ramai orang kita rasa teruja bilamana status tanah bagi sesebuah projek atau rumah tersebut berstatus Freehold. Walhal mereka main bedal tak tahupun lot unit mereka berstatus bumi atau non bumi.

Bagi projek Undercons pula mengikut syarat yang telah ditetapkan dibawah New Economic Policy (NEP), pemaju haruslah memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah projek perumahan mereka diletakkan dibawah status Bumi lot. (bab kouta bumi ni cerita kemudian dilain post).

Biasanya didalam geran atau strata terdapat nota Sekatan- Sekatan Kepentingan : Tanah yang diberi milik ini tidk boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Ini bermaksud hartanah Freehold tersebut punyai sekatan biasanya ia Bumi Lot.

Walaupun hartanah anda berstatus Freehold, tetapi oleh kerana ianya bumi lot dan punyai sekatan, jual beli & tukar milik hanya dibenarkan diantara bumiputera sahaja. Nak jual ke Cina – India – Asing adalah tidak dibenarkan.

Jika mahu jual kepada non bumi, maka perlukan Consent, kebenaran yang harus dilakukan oleh pihak peguam. Ia memakan masa yang lama berulang2 & boleh jadi ianya berjaya serta boleh jadi tidak berjaya terpulang kepada kehebatan peguam serta kebenaran pihak berkuasa.

Pro dia, jika anda ambil bumi lot, maka anda layak untuk mendapat bumi diskaun yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

LEASEHOLD

Tidak dinafikan hartanah berstatus Leasehold atau pajakan ini juga agak popular serta digemari kerana kadang kala lokasinya yang strategik.

Bagi sesebuah projek berstatus Leasehold. Jika pembeli itu seorang Bumiputera, maka secara automatik unit atau rumah yang dibeli itu jatuh keatasnya Leasehold dengan sekatan. Bagi pembeli non bumi pula ia jatuh keatasnya non bumi atau open lot.

Biasanya tempoh pajakan yang biasa kita lihat adalah selama 99 tahun. Ada juga yang lebih seperti 999 tahun. Umpama kerajaan beri kita tanah tersebut selama 99 tahun, bila nak habis tempoh edah kita kena mohon dan bayar premium untuk perbaharui tempoh tersebut.

Tetapi ramai orang pandang serong dan negatif terhadap hartanah yang berstatus Leasehold. Sebab mentaliti Orthodox mereka ni terikut-ikut, fikir pegangan sementara, susah nak jual, value rendah dan lain-lain. Leasehold ada 3 jenis :

#1 : LEASEHOLD TANPA SEKATAN (NON BUMI / OPEN LOT)

Tanah atau rumah Leasehold tanpa sekatan ni memang rare susah nak jumpa. Kalau ada pun tak banyak. 1 Projek Township di Segitiga Bunian ada Leasehold tanpa sekatan terhadap semua unit rumah tak kiralah pembeli tu bumi atau non bumi.

Ia seolah sama dengan Freehold non bumi lot iaitu bebas bertukar milik atau dijual iaitu antara Melayu – Cina – India – Asing tanpa sebarang halangan serta sekatan dari pihak pejabat tanah.

Urusan tukar milik atau jual beli juga singkat & cepat tanpa banyak karenah.

Biasanya didalam geran atau strata terdapat nota Sekatan- Sekatan Kepentingan : TIADA. Ini bermaksud hartanah Leasehold tersebut tiadak punyai sekatan & bebas tukar milik.

Cumanya ia ada tempoh pajakan sahaja iaitu 99 tahun atau lebih. Perlu renew pajakan & bayar premium bila tempoh dah nak habis.

Biasanya pemaju tetap akan berikan diskaun tetapi bukan diskun keatas status bumi atau non bumi. Ia diskaun keatas pembeli. Jika pembeli bumi maka dapatlah diskaun pembeli bumi. Jika non bumi beli pun ada diskaun non bumi.

#2: LEASEHOLD DENGAN SEKATAN (BUMI LOT)


Tanah atau rumah Leasehold dengan sekatan atau bumi lot ni memang biasa bagi sesebuah projek. Jika didalam negeri Selangor, jika pembeli itu bumi maka secara automatik unit atau rumah mereka pun akan menjadi bumi lot dengan sekatan.Maknanya ia tidak boleh ditukar milik atau dijual kepada non bumi iaitu Cina – India – Asing. Ia hanya boleh ditukar milik dan dijual kepada bumiputera sahaja.

Urusan jual beli tukar milik ambil masa lama biasanya 3 bulan hingga berbulan-bulan.
Jika nak juga jual ke non bumi, perlukan Consent dari pejabat tanah berkali-kali sehinga berjaya mendapat perlepasan. Tetapi tidak gurantee boleh lulus atau tidak.
Hartanah di pasaran subsale, jika ada pejual dari non bumi ingin menjual rumah mereka maka bumi boleh beli tanpa ada masaalah. Tetapi kemungkinan status hartanah tersebut akan ditukar dari non bumi kepada bumi lot oleh pejabat tanah.


 MALAY RESERVED

Tanah atau projek perumahan diatas tanah Malay Rezab ni unik sikit. Ia pun ada 2 iaitu Freehold & Leasehold. Juga terdapat sekatan bagi kedua2 status tersebut.

Konsep Freehold & Leasehold adalah sama seperti bukan Malay rezab. Cuma dari segi sekatan ia agak berbeza.

Setiap negeri punyai sekatan yang berbeza. Sebagai contoh projek perumahan di dalam Negeri Selangor yang tanahnya berstatus Malay Rezab punyai sekatan iaitu hanya boleh dipindah milik & dijual kepada melayu semenanjung sahaja.

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Ed Aswandi
 
javascript:void(0)