Thursday, December 28, 2017

Info Urusan Tanah
Copy & Paste dari page halalmoney.my


Risiko memiliki tanah pertanian geran kongsi yang anda harus tahu


0
2519
 Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya anda memiliki tanah pertanian “geran kongsi” dengan pemilik yang lain.
Walaupun nama anda ada dalam geran tersebut, tetapi ianya tetap tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada anda.
Antara kelemahan memiliki tanah pertanian geran kongsi adalah:

Kelemahan #1

Keluasan dan kedudukan sebenar bahagian tanah anda tidak dapat ditentukan dengan jelas dalam geran.
Ini kerana dari segi undang-undang, semua pemilik bersama di dalam satu geran kongsi akan berkongsi setiap bahagian dan sudut daripada tanah tersebut.

Kelemahan #2

Pemilik bersama tidak boleh mendirikan rumah atas bahagian tanahnya. Ini kerana sebagaimana yang saya nyatakan di atas, keluasan dan kedudukan sebenar bahagian anda di atas tanah tersebut tidak dapat disahkan.
Keduanya, untuk tanah pertanian, hanya sebuah rumah sahaja boleh didirikan di atas satu ekar tanah. Itu pun dengan syarat rumah tersebut bukanlah suatu binaan kekal dan hanya bertujuan untuk menjaga kebun semata-mata dan keluasannya hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keluasan tanah tersebut.
Bayangkan kalau semua pemilik bersama nak dirikan rumah atas tanah tersebut. Sudah pasti ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang justeru pembinaan tersebut adalah dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

Kelemahan #3

Anda tidak boleh menggadaikan tanah tersebut kepada bank untuk tujuan mendapatkan sebarang pinjaman, melainkan dengan persetujuan bersama kesemua pemilik.
Dan seandainya tanah tersebut digadaikan kepada bank, geran asal tanah tersebut akan dipegang oleh pihak bank. Dan secara otomatiknya segala hak dan kepentingan pemilik bersama yang lain juga akan terkesan.
Jika peminjam gagal jelaskan bayaran pinjaman, keseluruhan tanah tersebut akan dilelong.

Kelemahan #4

Biasanya hanya seorang pemilik sahaja yang akan pegang geran. Sekiranya pemilik bersama yang lain ingin memindah milikkan bahagian mereka kepada pihak ketiga, mereka terpaksa terlebih dahulu mendapatkan geran asal daripada pemilik yang pegang geran tersebut.
Biasa berlaku perbalahan sesama pemilik bersama, apabila pemilik yang pegang geran tersebut enggan memberi pinjam geran asal kepada pemilik bersama untuk tujuan pindah milik kepada pihak ketiga. Alasannya takut geran hilang.

Kelemahan #5

Walaupun pemilik bersama boleh menjual bahagian masing-masing daripada tanah tersebut kepada pihak ketiga, namun masalah mungkin akan timbul terutamanya untuk memindah milikkan bahagiannya kepada pembeli sekiranya pemilik bersama yang pegang geran enggan bekerjasama.
Tambahan pula sekiranya pembeli tersebut adalah “orang asing”, bermungkinan besar agak sukar untuknya nya membangunkan tanah tersebut tanpa kerjasama dengan pemilik bersama yang lain.

Kelemahan #6

Sekiranya pemilik bersama di dalam geran terlalu ramai, agak sukar untuk membangunkan keseluruhan tanah tersebut kerana ianya memerlukan kesepakatan dan persetujuan kesemua pemilik bersama.
Untuk membangunkan bahagian masing-masing tidak boleh kerana di atas tanah tidak dapat dikenalpasti had dan bahagian masing-masing. Kesannya banyak tanah sedemikian terbiar begitu sahaja dan tidak dibangunkan.

Maka, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah di atas adalah melalui PECAH BAHAGIAN DAN TUKAR SYARAT KEPADA STATUS BANGUNAN.
Namun begitu bagaimana sekiranya ada di kalangan pemilik bersama tersebut TIDAK BERSETUJU dengan pecah bahagian tersebut? Atau ada pemilik bersama tersebut tidak dapat dikenalpasti? Bagaimana untuk melaksanakan urusan pecah bahagian tersebut?
Saya akan jawab persoalan tersebut dalam posting yang akan datang SEKIRANYA posting ini berjaya mendapat 1.5K LIKES.
Semoga lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
 
javascript:void(0)