Saturday, June 6, 2009




GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
diambil dari www.scribd.com.

TUJUAN

Tujuan garis panduan disediakan ialah:-
1. Untuk memberi penerangan ringkas tentang wujudnya unit pusaka kecil di peringkat daerah di seluruh negeri di Semenanjung.
2. Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil;
3. Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu dibuat secepat mungkin.

UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Seksyen Pembahagian Pusaka mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah.Bagi daerah di mana tidak wujud unit pusaka kecil, urusan penerimaan permohonan (Borang A dan Borang P) adalah dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan.

APAKAH HARTA PUSAKA KECIL?

Harta Pusaka Kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Will Ordinance 1959 );
2. Harta itu terdiri daripada: Tanah dan lain-lain harta alih seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN, ASB, ASJ dan sebagainya;
3. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000.00 pada tarikh permohonan dibuat.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

Di antara ciri-ciri istimewa dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
1. Borang permohonan (Borang A boleh didapati di tiap-tiap Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Daerah;
2. Pembicaraan boleh diadakan di Balai-Balai Raya/ Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
3. Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
4. Penyerahan/penerimaan hak/bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran;
5. Pembicaraan boleh dibuat di daerah di mana wujudnya harta simati;
6. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu;

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu Borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:
1. Bukit kematian:
i) Surat perakuan kematian/permit menguburkan; atau
ii) Surat Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun/ sebelumnya); atau
iii) Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2. Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3. Salinan dokumen harta-harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada).

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON?

Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
1. Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
2. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
3. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
4. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
5. Amanah Raya Berhad.

MENGHADIRI PEMBICARAAN

1. Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
2. Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
3. Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.

CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN

1. Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
2. Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) bagi orang bukan Islam.
3. Pembahagian secara muafakat boleh dibuat jika semua waris bersetuju
4. Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok 1960 ) tidak boleh dibuat kepada lebih dari seorang. Jika lebih dari seorang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada seorang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
5. Jika simati meningggal tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan Jempul dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
6. Perintah jualan secara tender dikeluarkan dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.


JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN

1. Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 4 bulan.
2. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis iaitu kematian waris-waris kepada simati dan harta berada di dalam daerah yang berlainan jangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.

RAYUAN TERHADAP PERINTAH

Mana-mana pihak yang tidak puashati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka hendaklah membuat rayuan melalui Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dibuat.

PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN

1. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah/Geran ke Pejabat Tanah berkenaan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
2. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian kepada agensi/institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.

PERMOHONAN YANG KEMUDIAN

1. Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal diselesaikan.
i) Permohonan yang kemudian boleh dibuat dalam keadaan berikut:
 Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
 Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
 Apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru;
 Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
 Untuk menarik balik sesuatu kaveat pendaftar;
2. Setiap permohonan yang kemudian boleh dibuat dengan menggunakan Borang P


BAYARAN-BAYARAN YANG DIKENAKAN

1. Bayaran Pendaftaran:
i) RM10.00 bagi permohonan baru (Borang A)
ii) RM10.00 bagi permohonan yang kemudian (Borang P)

2. Bayaran Selepas Pembicaraan:
i) RM10.00 bagi bayaran perintah;
ii) Bayaran mendaftarkan perintah dalam hakmilik tanah (geran) jumlahnya mengikut peraturan-peraturan tanah negeri;
iii) Duti Harta Pusaka – jika ada akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941;
iv) Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan RM2.00 bagi tiap-tiap salinan yang diperlukan seterusnya;
v) Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/waris dikehendaki membayar RM10.00 bagi salinan pertama dan RM5.00 bagi salinan kedua dan setiap salinan seterusnya.
3. Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
i) RM50.00 bagi bayaran rayuan;
ii) RM1,500.00 bagi bayaran pertaruhan rayuan (deposit)
iii) Bayaran menyediakan salinan catatan pembicaraan dan dokumen lain yang berkaitan sebanyak RM5.00 setiap folio seratus perkataan atau sebahagian daripadanya bagi salinan pertama dan RM2.50 bagi salinan berikutnya.
iv) Bayaran untuk mendapatkan salinan catatan pembicaraan dan dokumen lain yang berkaitan sebanyak RM5.00 setiap folio seratus perkataan atau sebahagian daripadanya bagi salinan pertama dan RM2.50 bagi salinan berikutnya.

MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA?

1. Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
2. Memudahkan proses pembahagian pusaka.
3. Membolehkan harta pusaka dimanfaat dengan segera bagi faedah semua waris
4. Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
5. Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.



PERATURAN UKUR KADASTER 2002
diambil dari www.scribd.com.

BAB I

PERMULAAN

1. Tajuk kecil.
Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan Ukur Kadaster 2002,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

2. Pemakaian.
(1) Peraturan-peraturan ini adalah terpakai di semua Negeri di
Malaysia Barat dan Wilayah-wilayah Persekutuan di
Malaysia.
(2) Peraturan-peraturan ini juga hendaklah dikuatkuasakan ke
atas Juruukur Tanah Berlesen yang diberi lesen untuk
menjalankan amalan ukur kadaster oleh Lembaga Juruukur
Tanah Semenanjung Malaysia di bawah Akta Juruukur
Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang
sedang berkuatkuasa.

3. Mula berkuatkuasa.
Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuatkuasa di semua
Negeri di Malaysia Barat dan Wilayah-wilayah Persekutuan
mengikut tarikh berkuatkuasanya Pekeliling Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Bil. 3/2002.

4. Tafsiran.
Dalam Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain-
"abutal" bermakna sebahagian garisan sempadan lot
bersebelahan dengan lot yang diukur;

"azimut" bermakna arah garisan diukur berasaskan sudut ufuk dari
arah utara benar mengikut pusingan jam;

"bearing" bermakna arah garisan diukur berasaskan sudut ufuk
dari arah utara grid mengikut pusingan jam;

"bearing akui" bermakna bearing yang diterima sebagai bearing
asas bagi menentukan bearing untuk lain-lain garisan;

"GPS" bermakna ‘Global Positioning System’ atau Sistem
Penentududukan Sejagat iaitu sistem yang menggunakan satelit
untuk menentukan kedudukan dan mendapatkan koordinat
sesuatu titik di atas tanah;

“Jabatan” bermakna Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM);

“jilid kiraan” bermakna rekod hasil hitungan bagi ukuran lot
kadaster;

“Juruukur Tanah Berlesen” bermakna seseorang juruukur tanah
berlesen untuk amalan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang sedang berkuatkuasa;

“Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan” bermakna pegawai yang
pada masa itu menjalankan tugas-tugas Ketua Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia;

“koordinat” bermakna nilai grid untuk mentakrifkan kedudukan
tanda titik di atas tanah mengikut sistem yang digunapakai oleh
Jabatan;

“Lembaga” bermakna Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3, Akta Juruukur
Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang
sedang berkuatkuasa;

“media storan” bermakna sebarang alat atau media yang
dibenarkan oleh Jabatan untuk digunakan bagi menyimpan data
elektronik;

“nombor lot” bermakna nombor yang diperuntukkan kepada
sesuatu petak tanah oleh Pengarah Ukur seperti mana
dikehendaki di bawah seksyen 396(1)(d), Kanun Tanah Negara
1965;

“nombor petak strata” bermakna nombor yang diperuntukkan
kepada sesuatu petak dalam sesuatu skim strata seperti mana
dikehendaki di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;

“nombor lot stratum” bermakna nombor yang diperuntukkan
kepada sesuatu lapisan segipadu ruang tanah bawah tanah oleh
Pengarah Ukur seperti mana dikehendaki di bawah seksyen
396(1)(d), Perintah Kanun Tanah Negara (Diubahsuai) 1997;

“Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)” bermakna pangkalan
data ukur digital yang berkaitan dengan lot tanah;

“Pegawai Ukur” bermakna Pengarah Ukur atau mana-mana
Pegawai Ukur yang dilantik di bawah seksyen 12, Kanun Tanah
Negara 1965;

“Pekeliling” bermakna mana-mana pekeliling Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan yang dikeluarkan di bawah peraturanperaturan
ini dan lain-lain peraturan terdahulu darinya;

“Pelan” bermakna sesuatu pelan untuk diluluskan oleh Pengarah
Ukur sama ada dalam bentuk salinan cetak atau digital;

“Pelan Akui” bermakna pelan berkaitan tanah yang disediakan
mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan
oleh Pengarah Ukur, termasuklah Pelan Akui Strata dan Pelan
Akui Stratum;

“Pelan Akui Strata” bermakna pelan strata yang disediakan
mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan
oleh Pengarah Ukur;

“Pelan Akui Stratum” bermakna pelan stratum yang disediakan
mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan
oleh Pengarah Ukur;

"Pelan Pelbagai" bermakna suatu pelan selain daripada Pelan
Akui, Pelan Warta, Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum
yang disediakan bagi sesuatu tujuan yang tertentu dan diluluskan
oleh Pengarah Ukur;

"Pelan pra-hitungan" bermakna suatu pelan susunatur lot-lot
yang menunjukkan cadangan sempadan-sempadan baru dan
keluasan lot-lot berkenaan yang berasaskan pengiraan dari data
ukur yang ada dan data relevan yang lain, di mana tikaian lurus
hitungan adalah tidak kurang dari satu bahagian dalam empat
ribu;

"Pelan Kawalan Ukur Kadaster" bermakna suatu pelan yang
disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan, bagi
tujuan menunjukkan tanda dan koordinat stesen kawalan ukur
kadaster dan diluluskan oleh Pengarah Ukur;

"Pelan Warta" bermakna suatu pelan yang disediakan mengikut
format yang ditetapkan oleh Jabatan bagi tujuan mewartakan
sesuatu kawasan atau tempat sebagaimana diperlukan di bawah
undang–undang bertulis dan diluluskan oleh Pengarah Ukur;

"Pengarah Ukur" bermakna Pengarah Ukur dan Pemetaan
Negeri-negeri di Malaysia Barat dan Wilayah-wilayah
Persekutuan termasuk Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan
yang dilantik di bawah seksyen 12, Kanun Tanah Negara 1965;

"Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK)" bermakna
keseluruhan proses pengumpulan, prosesan, kawalan kualiti,
pengemaskinian dan pengurusan data Pangkalan Data Ukur
Kadaster (PDUK) dan Sistem Pengurusan Imej Dokumen (SPID)
yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

"Sistem Pengurusan Imej Dokumen (SPID)" bermakna sistem
pengendalian dan pengurusan pangkalan data yang
mengandungi imej imbasan kesemua Pelan-pelan Akui di
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

"strata" bermakna lapisan petak dalam bangunan yang dipecahbahagi;

"stratum" bermakna lapisan segipadu bagi ruang tanah bawah
tanah;

"tentukuran" bermakna ujian peralatan ukur yang dijalankan bagi
memperolehi perbezaan nilai bacaan alat yang diuji dengan nilai
piawai;

"utara grid" bermakna arah utara yang selari dengan grid tegak
dirujuk kepada sesuatu peta kadaster;

"ukuran kadaster" bermakna kerja ukur yang dijalankan bagi
tujuan pendaftaran hakmilik, pewartaan, penandaan sempadan,
pengesahan sempadan dan lain-lain yang berkaitan dengan
pentadbiran tanah.

BAB II

PERUNTUKAN AM

5. Ukuran hakmilik.
Bagi maksud Peraturan ini, ukuran hakmilik meliputi mana-mana
kerja ukur hakmilik tanah, strata dan stratum yang diwajibkan oleh
undang-undang bertulis yang berhubung kait dengan pendaftaran
sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan, pecah
bahagian dan cantuman termasuk -
(a)
menanda, mengganti, menanam pastian dan mengesahkan
tanda-tanda sempadan di mana perlu;
(b) merekodkan data ukuran;
(c) menyediakan hitungan; dan
(d) menyediakan Pelan Akui.

6. Hitungan.
Tujuan membuat hitungan adalah untuk -
(a) menguji ketepatan dan kesempurnaan kerja ukuran;
(b) mengira bearing dan jarak bagi garisan sempadan dan
garisan sambungan;
(c) menentukan keluasan lot atau petak, segipadu stratum yang
diukur; dan
(d) mengira koordinat.

7. Pelarasan tikaian.
Kaedah bagi pelarasan tikaian sudut dan tikaian lurus hendaklah
berdasarkan kepada kaedah yang sistematik yang dibenarkan oleh
Jabatan.

8. Pindaan data ukur.
(1) Sebarang pindaan bagi membuat pembetulan data cerapan
adalah ditegah sama sekali. Data cerapan yang silap
hendaklah dicerap semula.
(2) Sebarang pembetulan maklumat pada pelan hendaklah dibuat
mengikut prosedur seperti berikut:
(a) bagi pelan yang disediakan oleh Juruukur Tanah
Berlesen, pembetulan maklumat hendaklah dibuat
dengan menggantikannya dengan yang betul dan
disahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen berkenaan
sebelum dikemukakan kepada Pengarah Ukur; dan
(b) bagi pelan yang disediakan oleh Jabatan, pembetulan
maklumat hendaklah dibuat dengan menggantikannya
dengan yang betul dan disahkan oleh Pengarah Ukur.

9. Laporan kesilapan pengukuran.
Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah
menyediakan laporan dan mengemukakannya kepada Pengarah
Ukur untuk siasatan lanjut, apabila didapati sesuatu kesilapan
dalam ukuran yang terdahulu itu menjejaskan ketepatan ukuran
yang dijalankannya.

10. Pertikaian sempadan.
Sebarang pertikaian sempadan hendaklah dilaporkan oleh Pegawai
Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen secara bertulis kepada
Pengarah Ukur.

11. Media storan.
Semua data cerapan dan data yang telah diproses hendaklah
disimpan di dalam media storan yang ditetapkan oleh Jabatan dan
dibackup mengikut peraturan 16.

12. Sijil perakuan pada Pelan Akui.
Setiap Pelan Akui yang dikemukakan oleh Juruukur Tanah Berlesen
hendaklah mengandungi satu sijil perakuan yang berkaitan
mengikut Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 1959 atau peraturan
berkaitan yang sedang berkuatkuasa.

13. Penyediaan Pelan Akui dan pelan-pelan lain.
Penyediaan Pelan Akui, Pelan Kawalan Ukur Kadaster, Pelan
Warta dan Pelan Pelbagai hendaklah dibuat mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Jabatan.

14. Penyimpanan Pelan Akui dan pelan-pelan lain.
(1) Pelan Akui, Pelan Kawalan Ukur Kadaster, Pelan Warta dan
Pelan Pelbagai hendaklah disimpan dalam bilik kebal dan
dari semasa ke semasa diperiksa bagi mengesan sebarang
kerosakan.
(2) Semua Pelan Akui yang dihasilkan hendaklah dikemaskini ke
dalam pangkalan data SPID dan PDUK.

15. Membawa keluar Pelan Akui dari premis.
Pelan Akui adalah dilarang dibawa keluar dari premis Jabatan,
kecuali bagi memenuhi kehendak perintah mahkamah atau atas
kebenaran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan. Bagi lain-lain
tujuan atau maksud, hanya salinan Pelan Akui yang disahkan
sahaja akan dibekalkan.

16. Backup data.
Semua data ukur berdigit termasuk data cerapan, data jilid kiraan,
data Pelan Akui dan data yang tersimpan dalam PDUK hendaklah
dibackup mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.

17. Keperluan pelan pra-hitungan.
Pelan pra-hitungan adalah diperlukan untuk sesuatu permohonan
pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan serta serahbalik dan
berimilik semula tanah sama ada di bawah pegangan hakmilik kekal
atau hakmilik sementara.

18. Penggunaan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS).
(1) GPS boleh digunakan untuk pengukuran kawalan ukur
kadaster dan ukuran hakmilik tanah.
(2) Pengukuran menggunakan GPS hendaklah dibuat mengikut
kaedah dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan.

19. Kawalan ukur kadaster.
(1) Selain daripada mewujudkan tanda-tanda yang baru, tandatanda
sempadan sedia ada boleh digunakan untuk
mewujudkan Rangkaian Kawalan Ukur Kadaster.
(2) Tanda-tanda ini bolehlah dipilih bagi membentuk stesenstesen
rangkaian tersebut mengikut sela yang ditetapkan
oleh Jabatan.
(3) Cerapan GPS dan prosesan data hendaklah dijalankan bagi
setiap stesen mengikut kaedah yang ditetapkan oleh
Jabatan.
(4) Bagi kawasan yang tidak membolehkan penggunaan teknik
GPS, ukuran terabas bolehlah digunakan bagi menubuhkan
Rangkaian Kawalan Ukur Kadaster.
(5) Rangkaian trabas piawai yang telah ditubuhkan untuk
membekalkan kawalan ukur kadaster boleh digunakan untuk
membentuk sebahagian dari Rangkaian Kawalan Ukur
Kadaster.
(6) Apabila terdapat stesen Rangkaian Kawalan Ukur Kadaster
yang berkeadaan baik berhampiran lokasi kerja, ukuran
ikatan ke stesen tersebut hendaklah dilakukan.

20. Maklumat dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).
Pangkalan data ukur kadaster hendaklah mengandungi maklumat
lot termasuk bearing, jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tanda
sempadan, kod pentadbiran dan lain-lain maklumat yang ditetapkan
oleh Jabatan.

21. Tentukuran alat.
(1) Dalam menjalankan kerja ukuran, Pegawai Ukur atau
Juruukur Tanah Berlesen hendaklah memastikan alat-alat
ukur yang digunakan dibuat tentukuran mengikut prosedur
dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2) Hasil tentukuran alat-alat hendaklah disahkan oleh Pengarah
Ukur atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Ukur
dan disimpan sebagai rekod.

22. Menjaga kepentingan Kerajaan.
Setiap Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen berkewajipan
memastikan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara semasa
menjalankan kerja-kerja ukuran.

BAB III

PENGUKURAN

23. Rekod cerapan.
(1) Cerapan yang dilakukan di lapangan akan direkod dalam
buku kerjaluar atau media elektronik yang diluluskan oleh
Jabatan.
(2) Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah
menyediakan pembukuan yang tepat, lengkap dan jelas
mengandungi maklumat tambahan dan silang-rujukan di
mana perlu bagi menghasilkan pelan yang lengkap lagi tepat.
(3) Rekod cerapan hendaklah menunjukkan -
(a) nama Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen;
(b) cerapan yang diperoleh terus dari lapangan dan nilai
pelarasan mengikut peraturan 40 dan 41; dan
(c) lain-lain maklumat yang diperlukan oleh Jabatan.
(4) Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah
menurunkan tandatangan atau menandatangani secara
digital setiap muka surat rekod cerapan serta merekodkan
tarikh cerapan tersebut.

24. Datum.
(1) Setiap ukuran kadaster hendaklah berasaskan kepada datum
yang memuaskan yang terdiri daripada -
(a) dua tanda bersebelahan dari ukuran terdahulu, yang
mana kedudukan asal tanda-tanda tersebut telah
dibuktikan dengan ukuran terus atau terabas dan
hitungan, berserta dengan cerapan astronomi untuk
azimut; atau
(b) tiga tanda ukuran terdahulu, dua daripadanya
bersebelahan, yang dibuktikan dengan ukuran sudut
dan jarak atau dengan terabas dan hitungan, berada
dalam kedudukan asal.
(2) Selain itu, datum boleh juga ditentukan dengan
menggunakan cerapan GPS mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Jabatan.

25. Bearing akui.
Satu garisan di dalam ukuran terabas tertutup, atau disambungkan
kepada terabas tertutup dengan cerapan berasingan serta
dibuktikan mempunyai bearing yang betul secara cerapan
astronomi atau bandingan dengan nilai asal, boleh diterima pakai
sebagai bearing akui.

26. Kawalan bearing.
(1) Semua bearing hendaklah ditutup pada setiap sela yang
sesuai, yang tidak melebihi 25 stesen, sama ada pada tandatanda
lama yang dibuktikan dalam kedudukan asal atau pada
suatu garisan baru yang mana bearingnya telah ditentukan
dengan cerapan astronomi.
(2) Walau apa-apa pun yang dinyatakan dalam peraturan kecil
(1), bagi keadaan tertentu Pengarah Ukur boleh
menggunakan budi bicaranya menentukan sela yang sesuai
bagi sesuatu tutupan bearing.
(3) Jarak garisan yang digunakan untuk membawa bearing ke
hadapan hendaklah bersesuaian dengan keperluan
menjamin kejituan cerapan bearing.

27. Pengukuran sempadan.
(1) Seboleh-bolehnya sempadan hendaklah diukur secara terus.
(2) Setiap tanda sempadan hendaklah merupakan stesen alat di
dalam terabas tertutup. Bagi tanda sempadan yang
kedudukannya berada di luar terabas tertutup,
kedudukannya hendaklah ditentukan seperti berikut:
(a) ukuran semak sudut dibuat secara berasingan
berdasarkan rujukan bearing yang berlainan; dan
(b) semakan jarak dibuat secara berasingan dengan
menggunakan kaedah ukuran jarak yang berlainan.

28. Ukuran ofset.
Ukuran ofset, di mana perlu, hendaklah dibuat untuk membolehkan
butiran kekal ditunjukkan di atas Pelan Akui bagi perkara-perkara
berikut:
(a) laluan yang sedia ada di atas tanah bagi pengwujudan hak
lalulalang di bawah peraturan 50;
(b) halangan yang berdekatan dengan tanda rujukan bagi posisi
tiada tanda;
(c) sebarang bangunan atau binaan kekal yang terletak di atas
garisan sempadan; dan
(d) sebarang butiran kekal termasuk sungai, tasik, laluan sistem
pengangkutan dan menara bekalan tenaga elektrik yang
terdapat berhampiran dengan garisan ukuran.

29. Tanam pastian.
Tanda-tanda sempadan yang hilang atau berganjak melebihi had
yang dibenarkan berbanding ukuran terdahulu seperti mana
diperuntukkan di bawah peraturan 43 hendaklah dibuat tanam
pastian.

30. Jarak antara tanda sempadan.
(1) Tanda-tanda di atas sempadan lurus hendaklah ditanam pada
sela yang tidak melebihi 300 meter jika tanda-tanda tersebut
saling nampak atau pada sela tidak melebihi 200 meter jika
tidak saling nampak.
(2) Garisan-garisan sempadan mengikut lengkung hendaklah
ditandakan di hujung perentas supaya jarak normal dari
lengkung tersebut ke garisan perentas tidak melebihi 0.2
meter.

31. Garisan sambungan.
(1) Garisan sambungan hendaklah dalam bentuk terabas
tertutup atau sebahagian terabas tertutup. Bagi garisan
sambungan yang tidak dalam bentuk terabas tertutup atau
sebahagian terabas tertutup, garisan tersebut hendaklah
disemak sebagaimana berikut:
(a) ukuran jarak dan bearing hendaklah dibuat secara
berasingan serta dalam arah bertentangan; atau
(b) ukuran bearing hendaklah dibuat dengan disahkan
secara cerapan astronomi di garisan terakhir.
Semakan jarak hendaklah dibuat dalam arah
bertentangan.
(2) Ukuran sambungan hendaklah dijalankan mengikut syaratsyarat
berikut:
(a) ukuran sambungan melintasi simpanan jalan tidak
diperlukan bagi sempadan lama dalam bandar atau
pekan. Sebaliknya bagi sempadan baru sekurangkurangnya
satu sambungan melintasi simpanan jalan
diperlukan dalam jarak tidak lebih daripada 300 meter;
(b) bagi tanah desa, ukuran sambungan diperlukan bagi
sempadan lama dan sempadan baru jika tiada
sambungan melintasi simpanan jalan di dalam
lingkungan 500 meter; dan
(c) ukuran sambungan melintasi sungai tidak diperlukan
bagi sem padan lama. Bagi sempadan baru,
sambungan perlu dibuat pada sela tidak melebihi
1 kilometer bagi sungai yang lebar kurang 20 meter,
dan pada sela tidak melebihi 2 kilometer bagi sungai
yang lebar melebihi 20 meter tetapi kurang dari 40
meter. Bagi sungai yang lebarnya melebihi 40 meter,
ukuran sambungan tidak diperlukan tetapi sambungan
kepada lot lama di seberang sungai hendaklah
ditunjukkan melalui cara hitungan.

32. Ukuran bingkai.
(1) Bagi blok rumah kedai dan rumah teres bilamana perlu,
ukuran bingkai hendaklah dibuat mengelilingi dan berkeadaan
selari dengan sempadan blok tersebut. Bingkai hendaklah
seberapa yang boleh, selebar 2 meter daripada garisan
sempadan.
(2) Sudut bingkai hendaklah ditanda dengan paip atau jenis tanda
yang sesuai ditanam dalam konkrit.

33. Simpanan jalan.
(1) Kecuali terdapat arahan sebaliknya, simpanan jalan
hendaklah diukur supaya kedua-dua garisan sempadan
adalah selari.
(2) Ukuran simpanan bagi jalan baru melalui tanah kerajaan
hendaklah mengambil kira keperluan untuk memasukkan
tambakan, potongan dan lain-lain binaan yang berkaitan ke
dalam simpanan jalan.

34. Ukuran semula.
(1) Ukuran semula tidak perlu jika ukuran terdahulunya mengikut
peraturan Jabatan dan tanda-tanda sempadan telah disahkan
dalam kedudukan baik oleh Pegawai Penempatan.
(2) Dalam kes pecah sempadan, pecah bahagian, serahan atau
pengambilan balik, ukuran semula hendaklah tertumpu
kepada sempadan-sempadan yang terlibat manakala garisangarisan
sempadan lain adalah bagi tujuan datum dan tutupan
sahaja.
(3) Kecuali diminta sebaliknya, maka ukuran bahagian lot yang
terlibat dengan pengambilan balik di bawah Akta Pengambilan
Tanah 1960, terhad kepada baki lot itu sahaja, yang mana
perlu dijalankan mengikut peraturan kecil (2).
(4) (a) Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bentuk
semulajadi, sempadan sedemikian hendaklah diukur
dengan garisan lurus seberapa hampir yang boleh
kepada bentuk semulajadi itu bilamana -
(i) sungai mara ke dalam lot hingga melepasi
garisan terabas sedia ada; dan
(ii) sungai mara ke dalam lot menyebabkan lot
terbahagi dua atau lebih.
(b) Dalam kes ukuran semula bagi sempadan bentuk
semulajadi di mana sungai atau laut mundur keluar lot,
sempadan yang sedemikian hendaklah diukur mengikut
garisan terabas yang dahulunya digunakan bagi tujuan
menetapkan sempadan bentuk semulajadi tersebut. Di
mana terdapat apa-apa topangan, tembok atau lain-lain
binaan yang telah dibina dengan sah, ukuran sempadan
bolehlah dilakukan dengan memasukkan binaan
berkenaan selagi keluasannya tidak keterlaluan
melebihi keluasan yang dinyatakan di atas dokumen
hakmilik.
(5) Kecuali bagi kes ukuran semula untuk sempadan bentuk
semulajadi, jika nilai ukuran berada dalam had yang
dibenarkan berbanding nilai ukuran asalnya maka ukuran
terdahulu itu bolehlah diterima dengan mengenakan anotasi
mengikut peraturan 51.

35. Ukuran hak lalulalang.
Pengukuran hak lalulalang hendaklah dijalankan dengan cara
berikut:
(1) Bagi laluan yang sedia wujud, tanda-tanda sempadan hanya
ditanam pada lengkok laluan sebagai stesen terabas dan
ofset kepada laluan yang secukupnya hendaklah diambil
daripada stesen-stesen tersebut.
(2) Bagi laluan cadangan, tanda-tanda sempadan ditanam pada
setiap lengkok laluan tersebut dan ukuran hanya dijalankan
bagi satu sisinya sahaja.

36. Ukuran strata.
Di dalam menjalankan kerja pengukuran dan penyediaan hakmilik
strata, setiap peraturan yang ditetapkan melalui Akta Hakmilik
Strata 1985, yang merangkumi perkara-perkara berikut hendaklah
dipatuhi -
(a) ukuran semula sempadan-sempadan lot;
(b) ukuran untuk menentukan kedudukan bangunan-bangunan
dan blok-blok sementara;
(c) ukuran untuk menentukan ketinggian tiap-tiap tingkat;
(d) ukuran dimensi mendatar petak, petak aksesori dan harta
bersama; dan
(e) ukuran petak yang serupa dalam lantai yang sama.

37. Ukuran stratum.
Di dalam menjalankan kerja pengukuran dan penye diaan hakmilik
stratum, setiap peraturan yang ditetapkan melalui Bahagian Lima
(A), Kanun Tanah Negara 1965, yang merangkumi perkara-perkara
berikut hendaklah dipatuhi -
(a) ukuran lokasi;
(b) ukuran kawalan tegak; dan
(c) ukuran pemindahan datum.

38. Amalan pengukuran terbaik.
Apabila sesuatu perkara itu tidak dinyatakan secara khusus di
dalam Peraturan ini, pelaksanaan ukur kadaster hendaklah
mengikut prinsip amalan pengukuran terbaik.

BAB IV

KETEPATAN, HAD TERIMA, TUTUPAN DAN KELUASAN

39. Tikaian maksimum.
(1) Tikaian maksimum yang dibenarkan dalam ukuran kadaster
adalah sebagaimana berikut:
(a) 10” setiap stesen dengan perbezaan terkumpul
maksimum 01’ 15” semasa menutup bearing;
(b) tikaian lurus ialah ¾
(i) 1 dalam 8000 bagi keseluruhan ukuran baru;
atau
(ii) tidak kurang daripada 1 dalam 4000 bagi ukuran
minimum dengan penggunaan nilai-nilai
sempadan lot yang disusun sebahagiannya atau
kesemuanya daripada Pelan-pelan Akui,
bilamana tikaian lurusnya tidak dapat dicapai
disebabkan oleh tikaian lurus dari ukuran lama
yang kurang memuaskan.
(c) bagi ukuran GPS tikaian yang dibenarkan untuk sesuatu
garisan adalah tidak melebihi 10 mm atau ketepatan
relatif yang tidak melebihi daripada (a + bL) mm di mana
a = 5 mm, b = 2 ppm dan L adalah jarak garisan asas
dalam kilometer; dan
(d) tikaian bagi ukuran aras stratum hendaklah tidak lebih
daripada 0.012 Ö K meter, di mana “K” adalah jumlah
jarak dalam kilometer.
(2) Tiada apa-apa dalam Peraturan ini yang menghalang
Pengarah Ukur daripada menggunakan budibicaranya untuk
menerima ukuran yang tikaiannya tidak menepati kehendak di
atas dengan alasan yang munasabah.

40. Cerapan bearing dan sudut.
(1) Bearing dan sudut mendatar bagi semua jenis ukuran bolehlah
dibaca dan direkodkan kepada saat terhampir.
(2) Pembetulan bagi tikaian sudut hendaklah diagihkan sama rata
di antara stesen yang diduduki dalam terabas tertutup.
(3) Setiap bearing hendaklah dikira kepada saat terhampir dan
direkodkan sebagai bearing muktamad serta ditunjukkan di
atas Pelan Akui kepada 10” terhampir.

41. Cerapan jarak.
(1) Cerapan jarak bagi semua jenis ukuran hendaklah direkodkan
kepada 0.001 meter terhampir, kecuali bagi ukuran hakmilik
strata, direkodkan kepada 0.01 meter terhampir.
(2) Jarak muktamad ukuran hakmilik tanah hendaklah dilaras dan
ditunjukkan di atas Pelan Akui pada 0.001 meter terhampir.
(3) Jarak muktamad ukuran strata hendaklah dicatatkan kepada
0.01 meter dan ditunjukkan di atas Pelan Akui Strata pada 0.1
meter terhampir.
(4) Jarak muktamad ukuran stratum hendaklah dilaras dan
ditunjukkan di atas Pelan Akui Stratum seperti mana yang
ditetapkan oleh Jabatan.
(5) Bagi ukuran di kawasan tinggi dan garisan panjang,
pembetulan bagi nilai ketinggian atas aras laut min,
pembiasan dan kelengkungan bumi hendaklah dihitung
kepada 0.001 meter terhampir.

42. Ketepatan koordinat.
Koordinat bagi setiap titik hendaklah dihitung dan ditunjukkan atas
jilid kiraan dan Pelan Akui kepada 0.001 meter terhampir.

43. Anjakan sempadan dan tanda sempadan.
(1) Perbandingan dengan nilai ukuran asal hendaklah dibuat bagi
mem astikan bahawa tiada pertindihan garisan sempadan
berlaku dan tanda-tanda sempadan lama yang digunakan bagi
ukuran itu tidak berganjak dengan ketara dari kedudukan
asalnya.
(2) Penentuan anjakan sempadan adalah seperti berikut -
(a) bagi garisan yang tidak melebihi 40 meter, bearing 01’
dan jarak 0.015 meter; dan
(b) bagi garisan yang melebihi 40 meter, bearing 30” dan
jarak 0.006 meter setiap 20 meter dengan anjakan
maksimum 0.05 meter.
(3) Kriteria tanam pastian adalah seperti berikut -
(a) bagi kawasan yang mana ukuran dahulunya kelas tiga
dan ke bawah, kedudukan tanda sempadan adalah
diterima sebagai dalam kedudukan asal kecuali jika
terdapat perbezaan nilai ukuran yang ketara berbanding
nilai asal;
(b) bagi kawasan luar bandar yang mana ukuran dahulunya
kelas dua dan kawasan sawah padi, tanam pastian
hanya perlu dibuat jika anjakannya melebihi 0.1 meter;
dan
(c) bagi lain-lain kawasan, tanam pastian adalah perlu jika
anjakannya melebihi 0.05 meter.

44. Perbezaan luas yang dibenarkan.
(1) Dalam keadaan biasa, perbezaan luas ukuran yang
dibenarkan berbanding keluasan yang diluluskan dalam
Permintaan Ukur hendaklah -
(a) tidak melebihi 5% bagi luas di bawah 40 hektar;
(b) tidak melebihi 2 hektar bagi luas antara 40 hektar dan
200 hektar; dan
(c) tidak melebihi 1% bagi luas melebihi 200 hektar.
(2) Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah
memaklumkan kepada Pengarah Ukur apa-apa perbezaan
antara luas diukur dengan luas yang diluluskan yang melebihi
had, mengikut peraturan kecil (1). Jika terdapat perbezaan
ketara antara keluasan tersebut, Pengarah Ukur atau Juruukur
Tanah Berlesen hendaklah merujuk perkara tersebut kepada
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pentadbir Tanah.

45. Hitungan luas.
(1) Luas hendaklah dihitung kepada 0.1 meter persegi terhampir
dan ditunjukkan dalam jilid kiraan dan semua rekod ukur
seperti berikut:
(a) Jika luas ditunjuk dalam hektar -
(i) keluasan tidak melebihi 1 hektar ditunjuk kepada
0.0001 hektar terhampir;
(ii) keluasan melebihi 1 hektar dan tidak melebihi 10
hektar ditunjuk kepada 0.001 hektar terhampir;
dan
(iii) keluasan melebihi 10 hektar ditunjuk kepada 0.01
hektar terhampir.
(b) Lot-lot yang tidak ditunjuk dalam hektar hendaklah
ditunjuk dalam meter persegi dan digenapkan kepada
meter persegi terhampir.
(2) Keluasan hendaklah ditunjukkan dalam hektar bagi -
(a) lot-lot pertanian; dan
(b) lot-lot perumahan atau bangunan, perusahaan atau
perindustrian dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang
lebih daripada 2 hektar.
(3) Keluasan hendaklah ditunjukkan dalam meter persegi bagi lotlot
perumahan atau bangunan, perusahaan atau perindustrian
dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang kurang daripada 2
hektar.
(4) Luas bagi petak strata hendaklah dihitung kepada 0.1 meter
persegi dan ditunjukkan kepada meter persegi terhampir.
(5) Segipadu bagi lot stratum hendaklah dihitung kepada 0.1
meter padu dan ditunjukkan kepada meter padu terhampir.

BAB V

BORANG, FORMAT PELAN DAN MAKLUMAT LAIN

46. Jilid kiraan.
Saiz dan format jilid kiraan hendaklah menepati spesifikasi yang
ditetapkan oleh Jabatan.

47. Pelan Akui.
(1) Pelan Akui hendaklah disediakan bagi setiap ukuran hakmilik
tanah, ukuran strata dan ukuran stratum kecuali ukuran hak
lalulalang.
(2) Penyediaan Pelan Akui hendaklah mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Jabatan.
(3) Media, saiz, format, dan skala Pelan Akui hendaklah mengikut
garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan.
(4) (a) Mana-mana lot atau sebahagian lot yang tidak dapat
diplot dalam jidar pelan hendaklah ditunjukkan dengan
inset yang dilukis pada skala yang sesuai.
(b) Sebarang maklumat ukur bagi sesuatu lot atau
sebahagian lot atau garisan sambungan yang tidak
dapat ditunjukkan dengan jelas di atas Pelan Akui,
hendaklah ditunjukkan dalam bentuk rajah pembesaran
pada skala yang sesuai atau gambarajah tanpa skala,
mengikut kesesuaian.
(c) Inset, pembesaran dan gambarajah hendaklah
menunjukkan bearing dan jarak, nombor lot, luas,
garisan sempadan, abutal dan skala, di mana sesuai.
(5) Pelan Akui perlu disediakan untuk ukuran semula sekiranya:-
(a) ukuran melibatkan tanam pastian atau penggantian
tanda sempadan;
(b) melibatkan naik taraf ukuran terdahulu;
(c) ruang atas Pelan Akui asal tidak mencukupi bagi
memasukkan maklumat-maklumat seperti diperlukan di
bawah peraturan 51; atau
(d) ukuran melibatkan lot yang disempadani oleh sempadan
semulajadi mengikut peraturan 34 (4).
(6) Jika Pelan Akui asal tidak dapat dikesan atau tidak boleh
dibaca, Pelan Akui baru hendaklah disediakan berdasarkan
kepada maklumat dalam rekod ukur yang sedia ada.
(7) (a) Satu pelan faharasat dalam bentuk Pelan Akui, yang
menunjukkan sempadan fasa-fasa perlu disediakan bagi
ukuran yang dijalankan mengikut fasa.
(b) Jika sempadan fasa telah berubah, satu pelan faharas at
baru perlu disediakan.
(c) Sempadan fasa hendaklah dilukis dengan garisan
putus-putus.
(8) (a) Pelan Akui hendaklah diplot berdasarkan kepada nilai
koordinat.
(b) Maklumat di atas Pelan Akui hendaklah disediakan
mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jabatan.

48. Garisan sempadan dan sambungan.
Setiap garisan sempadan hendaklah ditunjukkan dengan garisan
malar manakala garisan sambungan dengan garisan putus -putus.

49. Pindaan Pelan Akui.
(1) Pengarah Ukur hendaklah meminda Pelan Akui jika terdapat
kesilapan atau ketinggalan, atau perubahan sempadan
pentadbiran, mengikut peruntukan seksyen 396A (1), Kanun
Tanah Negara 1965.
(2) Setiap pindaan atau tambahan yang dibuat di atas Pelan
Akui hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Jabatan.
(3) Asas atau sebab pindaan atau tambahan di atas Pelan Akui
di bawah peraturan kecil (1) hendaklah dicatatkan di dalam
buku daftar pembetulan Pelan Akui.
(4) Pelan Akui yang telah dipinda hendaklah diimbas semula dan
imejnya dimasukkan ke dalam SPID bagi menggantikan imej
yang dahulu.

50. Hak lalulalang.
Hak lalulalang hendaklah ditunjukkan di atas Pelan Akui seperti
berikut:
(1) Bagi laluan yang sedia wujud -
(a) garisan yang menghubungkan tanda-tanda sempadan
hendaklah ditunjukkan sebagai garisan putus -putus;
dan
(b) hak lalulalang yang dipersetujui hendaklah dilukis
sebagai garisan putus-putus.
(2) Bagi laluan cadangan -
(a) garisan antara tanda-tanda sempadan yang
membentuk garisan sempadan hak lalulalang,
hendaklah dilukis sebagai garisan putus -putus; dan
(b) sempadan hak lalulalang yang bertentangan hendaklah
ditunjukkan mengikut skala, menepati lebar yang
diperlukan. Garisan-garisan ini hendaklah dilukis selari
dengan sempadan yang diukur, sebagai garisan putusputus.

51. Pelan Akui bagi ukuran semula.
Sekiranya Pelan Akui tidak perlu disediakan bagi ukuran semula,
satu anotasi hendaklah disediakan di atas Pelan Akui asal seperti
berikut dan ditandatangani oleh Pengarah Ukur:
“Sempadan lot ……......... telah disahkan pada…………………..
dalam fail…………………….
Pengarah Ukur dan Pemetaan”

52. Pelan Akui susunan.
(1) Jika Pelan Akui telah dilukis dengan kesemua nilai-nilai
sempadan lot disusun daripada Pelan-Pelan Akui yang sedia
ada, kenyataan “Pelan disusun daripada P.A. ...........”
hendaklah diganti di tempat kenyataan “Diukur oleh ............”
(2) Jika Pelan Akui telah dilukis di mana sebahagian nilai
sempadan lot disusun daripada Pelan-pelan Akui yang sedia
ada dan sebahagiannya diukur, kenyataan “Diukur oleh
….............. dan disusun sebahagiannya daripada P.A.
….............” hendaklah diganti di tempat kenyataan “Diukur
oleh …................”.

53. Maklumat pada Peta Kadaster.
Peta Kadaster sekiranya boleh hendaklah menunjukkan -
(a) sempadan daerah dan lain-lain sempadan pentadbiran yang
diwujudkan mengikut kehendak undang-undang yang
berkenaan;
(b) maklumat lot yang merangkumi:-
(i) garisan sempadan dan tanda sempadan;
(ii) nombor lot ;
(iii) nombor Pelan Akui;
(iv) luas lot; dan
(c) lain-lain butiran mengikut keperluan semasa.

54. Maklumat ukur bagi dokumen hakmilik.
Maklumat ukur bagi dokumen hakmilik daftar dan dokumen hakmilik
keluaran hendaklah disediakan mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Jabatan.

55. Pajakan melombong.
Salinan Pelan Akui bagi pajakan melombong hanya boleh
disediakan setelah sijil melombong dikeluarkan.

56. Embos.
Setiap salinan pelan bagi dokumen hakmilik hendaklah
mengandungi embos Jabatan kecuali salinan pelan dokumen
hakmilik di bawah Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).

57. Pindaan pelan hakmilik.
Pengarah Ukur hendaklah memberitahu Pendaftar Hakmilik atau
Pentadbir Tanah mengenai apa-apa pindaan yang diperlukan ke
atas pelan hakmilik akibat daripada perubahan atau tambahan
maklumat kepada Pelan Akui ya ng telah diluluskan, yang dibuat
mengikut peraturan 49.

58. Penyediaan hakmilik gantian.
(1) Dokumen hakmilik gantian hendaklah disediakan mengikut
peruntukan seksyen 166, Kanun Tanah Negara 1965.
(2) Sebelum dokumen hakmilik gantian disediakan, Pengarah
Ukur hendaklah memastikan bahawa Pendaftar Hakmilik atau
Pentadbir Tanah telah memberi bukti yang cukup bahawa
dokumen hakmilik asal telah -
(a) dibatalkan;
(b) hilang;
(c) musnah keseluruhan atau sebahagiannya; atau
(d) penuh.

59. Penyediaan pelan-pelan lain.
Penyediaan lain-lain jenis pelan hendaklah disediakan mengikut
garis panduan Jabatan.

BAB VI

PENOMBORAN

60. Nombor lot.
(1) Satu siri nombor lot sahaja hendaklah diperuntukkan bagi
setiap Mukim, Bandar atau Pekan termasuk Seksyen, jika
ada.
(2) Nombor lot hendaklah dikeluarkan menurut susunan siri
menaik.
(3) Sesuatu nombor lot yang telah dikeluarkan tidak boleh
digunakan lagi.
(4) Bagi Mukim, Bandar, Pekan dan Seksyen yang baru
diwujudkan, siri nombor lot baru hendaklah diperuntukkan dan
dibuat rujuk silang kepada semua rekod ukur yang terlibat
termasuk dokumen-dokumen hakmilik.
(5) Apabila sempadan-sempadan Mukim Bandar, Pekan dan
Seksyen berubah sama ada akibat dari pewujudan sempadan
baru atau perubahan kawasan, siri nombor lot baru hendaklah
diperuntukkan.

61. Penomboran pelan-pelan.
(1) Siri nombor yang berbeza hendaklah diperuntukkan bagi
Pelan Akui, Pelan Warta, Pelan Kawalan Ukur Kadaster dan
Pelan Pelbagai.
(2) Penomboran hendaklah menurut susunan siri menaik.
(3) Sesuatu nombor yang telah dikeluarkan tidak boleh digunakan
lagi.

62. Nombor jilid kiraan.
(1) Satu siri nombor jilid kiraan sahaja hendaklah diperuntukkan
bagi setiap Negeri.
(2) Setiap folio jilid kiraan hendaklah dinomborkan menurut
susunan siri menaik.
Penomboran
27
(3) Sesuatu nombor jilid kiraan yang telah dikeluarkan tidak boleh
digunakan lagi.

63. Nombor media storan.
(1) Satu siri nombor media storan sahaja hendaklah
diperuntukkan bagi setiap Negeri.
(2) Nombor media storan hendaklah dikeluarkan menurut
susunan siri menaik.
(3) Sesuatu nombor media storan yang telah dikeluarkan tidak
boleh digunakan lagi.

64. Penomboran strata.
Penomboran hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh
Jabatan bagi maksud-maksud berikut:
(a) bangunan;
(b) blok sementara;
(c) tingkat;
(d) tingkat bawah tanah;
(e) tingkat mezanin;
(f) petak;
(g) petak aksesori;
(h) skim; dan
(i) Pelan Akui Strata.

65. Penomboran stratum.
(1) Hanya satu siri nombor lot stratum hendaklah diperuntukkan
bagi setiap Daerah atau Jajahan.
(2) Tanda aras yang sah serta nombornya yang dikeluarkan oleh
Jabatan hendaklah digunakan.
(3) Siri nombor bagi Pelan Akui Stratum hendaklah mengikut
garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan.

BAB VII

PENANDAAN SEMPADAN

66. Penandaan sempadan.
(1) Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau
semasa ukuran dijalankan dengan menggunakan tanda-tanda
sempadan yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2) (a) Tanda sempadan hendaklah ditanam dengan kemas di
dalam tanah dan bahagian atasnya berada pada
ketinggian ya ng sesuai di atas permukaan tanah.
(b) Penandaan sempadan di atas permukaan keras seperti
batu atau konkrit hendaklah dibuat dengan jelas, secara
kekal.
(3) (a) Tanda-tanda sempadan perantaraan hendaklah
ditanam di atas garisan antara dua tanda sempadan
penghujung.
(b) Jika satu tanda sempadan baru perlu ditanam di atas
garisan sempadan lama di mana tanda sempadan
penghujungnya tidak dijumpai atau berganjak, tanda
sempadan penghujung tersebut hendaklah diganti atau
ditanam pastian terlebih dahulu sebelum tanda
sempadan baru ditanam.
(c) Jika satu tanda sempadan baru perlu ditanam secara
tidak langsung di atas garisan sempadan lama, tanda
sempadan baru berkenaan hendaklah dibuktikan
berada di atas garisan tersebut.
(4) Jika titik sempadan berada di kedudukan yang tidak boleh
ditandakan, maka kaedah tiada tanda hendaklah ditentukan
seperti berikut:
(a) tanda-tanda rujukan kekal hendaklah ditanam bagi
memudahkan kedudukan titik sempadan yang sebenar
ditentukan; dan
(b) tanda-tanda rujukan kekal hendaklah ditanam di atas
persilangan sempadan-sempadan berkenaan, seberapa
hampir kepada butiran penghalang.

67. Jenis-jenis tanda sempadan.
(1) Tanda-tanda sempadan yang dibenarkan adalah -
(a) tanda konkrit, tiang konkrit, batu granit dan paip besi
mengikut saiz yang ditetapkan oleh Jabatan;
(b) paku dan pepaku besi dalam konkrit;
(c) tanda lubang dengan satu anak panah dipahat
menunjuk ke arah lubang tersebut bagi titik
sempadan di a tas permukaan batu; dan
(d) sebarang tanda lain yang dibenarkan oleh Jabatan,
melalui ketetapan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa.
(2) Singkatan dan simbol yang digunakan bagi tanda-tanda
sempadan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh
Jabatan.

68. Tanda sempadan bernombor.
(1) Setiap negeri hendaklah menggunakan nombor siri
masing-masing.
(2) Juruukur Tanah Berlesen hendaklah menggunakan siri
nombor yang dibekalkan oleh Jabatan.
(3) Satu tanda sempadan bernombor hendaklah digunakan
bagi setiap enam tanda sempadan yang tidak bernombor
dalam pengukuran tanah desa.

69. Kekekalan kedudukan tanda sempadan.
(1) Sebarang tanda sempadan yang dijumpai tertanam
hendaklah dianggap dalam kedudukan asal kecuali ada
sebab-sebab yang membawa syak bahawa tanda
sempadan itu telah berganjak.
(2) Bagi sesuatu tanda sempadan yang dijumpai condong,
dasar tanda sempadan tersebut hendaklah dianggap
berada pada kedudukan asal sehingga ia dibuktikan
sebaliknya. Tanda tersebut hendaklah ditegakkan di atas
dasarnya sebelum pengukuran atau cerapan dilakukan
kepada atau darinya.

70. Perbezaan nilai sempadan.
Jika terdapat perbezaan di antara nilai sempadan di atas tanah
dengan nilai di atas Pelan Akui, Pegawai Ukur atau Juruukur
Tanah Berlesen hendaklah mendapatkan bukti lengkap bagi
menentukan sama ada perbezaan itu disebabkan oleh
pertindihan sempadan, anjakan tanda sempadan atau kecacatan
dalam pengukuran terdahulu. Tindakan bersesuaian hendaklah
selanjutnya diambil oleh Jabatan selaras dengan peruntukan
peraturan 29 atau 49.

BAB VIII

ARAHAN PENTADBIRAN

71. Arahan pentadbiran.
Dalam melaksanakan peraturan-peraturan ini, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan berhak dari semasa ke semasa membuat sebarang
arahan atau pekeliling yang bersabit dengan amalan ukur kadaster.

BAB IX

PENGECUALIAN

72. Pengecualian.
(1) Tiada apa-apa dalam peraturan-peraturan ini yang boleh
menjejaskan pelaksanaan ukuran sebelumnya atau apa-apa
yang dilakukan di bawah mana-mana Peraturan Ukur
terdahulu.
(2) Pekeliling-pekeliling yang ada dan tidak bercanggah dengan
Peraturan ini akan terus terpakai sehingga pekeliling yang
lain dikeluarkan untuk menggantikannya.
 
javascript:void(0)